Profil Pemimpin


Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya

Datuk Haji Yusoff HM Haniff

(PGDK, DIMP, JMN, PJK)

Latar Belakang

Datuk Haji Yusoff Bin HM Haniff adalah Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Selangor. Beliau dilahirkan pada 27 Ogos 1957 di Telok Mas, Melaka.



Pendidikan

Yusoff memegang ijazah Komunikasi & Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1998, setelah memperoleh sijil Komunikasi Pembangunan dan diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 1987.

Kerjaya

Yusoff memulakan karier beliau sebagai Pegawai Penerangan di Ibu Pejabat Penerangan Negeri Perak di bawah Kementerian Penerangan Malaysia. Beliau seterusnnya berkhidmat sebagai Ahli Majlis PBT Petaling Jaya sebelum menjadi Setiausaha Politik dan Pegawai Khas kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Politik

Walaupun bukan anak jati Selangor, namun beliau jatuh hati dengan negeri tersebut dan menganggap Kelana Jaya sebagai tanah tumpah darahnya. Apatah lagi karier politik beliau bermula sebagai AJK Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya pada tahun 1989 sehingga 1992. Selepas 1989, beliau diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan demi jawatan atas dasar berkhidmat demi rakyat dan mengutamakan kebajikan rakyat Kelana Jaya khasnya. Beliau mula memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 2013 sehingga kini. Bermula 2014 pula beliau diberi kepercayaan untuk menjadi koordinator Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Negeri Selangor di bawah Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Ahli Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia.

Perkhidmatan dan Anugerah

Sebelum menceburkan diri secara eksklusif bersama UMNO, Yusoff Haniff merupakan Aktivis Masyarakat bagi Komuniti Sungai Way, Petaling Jaya malah beliau masih lagi aktif berkhidmat untuk masyarakat di DUN Seri Setia khasnya dengan penganjuran aktiviti kemaslahatan rakyat. Beliau sering dilihat turun padang untuk bersama-sama merasai dan mendengar masalah dan denyut nadi rakyat Kelana Jaya. Pada tahun 2014, beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi Pertubuhan Dakwah Sukarela sempena Sambutan Maal Hijrah 1436H peringkat negeri Selangor khasnya bagi mengenang usaha beliau bersama Pertubuhan Perlindungan Pembawa HIV Positif Selangor dan Kuala Lumpur (POSHE).

Keluarga/Peribadi

Beliau sudah berkahwin dan telah dikurniakan 10 orang cahaya mata yang berusia antara 8 tahun sehingga 28 tahun.

Bersama Masyarakat Bandar